ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII
Darihal Muraja'ah



Seksyen 171. Perintah muraja'ah.

Apabila sesuatu kes dimuraja'ahkan di bawah Bab ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintah kepada Mahkamah Rendah Syariah di mana keputusan, hukuman atau perintah yang telah diubah itu telah dicatatkan atau diumumkan dengan menyatakan apabila keputusan, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan pengubahan itu dan Mahkamah Rendah Syariah yang menerima keputusan atau perintah itu hendaklah membuat perintah yang sesuai dengan keputusan yang diperakui itu dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda menurut yang berkenaan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.