ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
JAMAAH ULAMA'



Seksyen 34. Mesyuarat Jamaah Ulama'.

(1) Mufti hendaklah menjadi pengerusi mesyuarat Jamaah Ulama' dan semasa ketiadaannya, Timbalan Mufti dan semasa ketiadaannya mana-mana ahli yang hadir bolehlah memilih dari kalangan mereka pengerusi mesyuarat itu.

(2) Pengerusi dan dua pertiga daripada ahli-ahli Jamaah Ulama' hendaklah menjadi korum untuk menjalankan mesyuarat.

(3) Jamaah Ulama' boleh, tertakluk kepada Enakmen ini dan dengan kelulusan Majlis, membuat prosedur dan amalannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.