ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 9. Fakta yang perlu menghuraikan atau mengemukakan fakta relevan.

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu fahaman yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan atau yang menentukan pengenalan sesuatu atau seseorang yang pengenalannya adalah relevan atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu fakta persoalan atau fakta telah berlaku, atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya sesuatu fakta itu diuruskan adalah qarinah setakat mana fakta itu perlu bagi maksud itu.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.