ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 18. Syarat iqrar.

(1) Pembuat iqrar hendaklah seorang yang akil baligh.

(2) Kecuali diperuntukkan sebaliknya, iqrar berikut hendaklah tidak boleh diterima-
(3) Iqrar seorang kanak-kanak mumaiyiz yang telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan urusan dengan orangramai hendaklah dianggap sebagai iqrar seorang dewasa untuk maksud seksyen ini dan iqrar itu hendaklah diterima sebagai sah. (4) Pihak yang mendapat faedah dari iqrar tidaklah disyaratkan seorang yang akil dan baligh. (5) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.

(6) Pembuat iqrar hendaklah terdiri dari orang yang tidak ditahan dari menguruskan hartanya (mahjur'alaih).

(7) Iqrar yang dibuat dalam keadaan mabuk tidak boleh diterima dalam kes-kes yang boleh dikenakan hukuman hudud menurut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.