ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988


Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang belum dewasa berugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seorang belum dewasa yang berugama Islam supaya---
(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

(3) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang yang dituduh itu tidak mengetahui atau tidak diberitahu oleh sesiapa mengenai ugama orang belum dewasa itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.