ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 38. Cara penyampaian.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini dan Bahagian VII, penyampaian tiap-tiap dokumen hendaklah ke atas diri orang itu sendiri, dan hendaklah disempurnakan secara menyerahkan dokumen itu atau mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan salinannya. Suatu salinan yang mengandungi meteri Mahkamah dan tandatangan pegawai pemeriksanya hendaklah bagi maksud ini disifatkan sebagai dokumen asal.

(2) Penyampaian tersebut hendaklah disempurnakan oleh seorang pegawai Mahkamah itu atau Mahkamah yang lain:

Dengan syarat bahawa dengan kebenaran Mahkamah itu mana-mana dokumen bolehlah disampaikan oleh mana-mana orang yang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.