ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN DAN SEBAGAINYA



Seksyen 166. Permohonan tahanan harta.

(1) Suatu permohonan tahanharta sebelum hukuman hendaklah dibuat di dalam Borang 26 yang ditetapkan.

(2) Suatu perintah tahanharta sebelum hukuman hendaklah disampaikan kepada bailif bersama dengan satu salinan tiap-tiap satu dari afidavit yang digunakan dalam permohonan itu.

(3) Bailif hendaklah menyerahkan perintah tersebut kepada orang yang hartanya telah ditahan dan juga salinannya jika ia memohonnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.