ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 91. Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula

(1) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang memanggilnya disebut pemeriksaan utamanya.

(2) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak menentang disebut pemeriksaan balasnya.

(3) Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu disebut pemeriksaan semulanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.