ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 72. Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi anak-anak.

(1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya-


(2) Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang yang bertanggungan mengikut Hukum Syarak supaya membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi Mahkamah memerintahkan sedemikian.

(3) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang yang menjaga atau memelihara dan mengawal anak itu atau kepada pemegang-pemegang amanah bagi anak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.