ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983


JADUAL KEDUA.

(Seksyen 27)

KUASA TAMBAHAN MAHKAMAH KADI

Penggantungan pembicaraan.

Kuasa untuk menggantungkan sebarang pembicaraan melainkan jika pembicaraan itu telah dibuat di dalam daerah di mana-

Pemindahan pembicaraan.

2. Kuasa, apabila dipohon atau atas usulnya sendiri, memindahkan sebarang pembicaraan kepada Mahkamah Kadi lain.

Penyerahan.

3. Kuasa, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, memerintah penyerahan prosesnya di mana-mana tempat atau pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara dan memerintah supaya penyerahan dianggap telah dilaksanakan dalam masa yang ditentukan.

Proses mewajibkan kehadiran.

4. Kuasa mewajibkan melalui notis yang dialamatkan kepada pegawai yang menjaga penjara untuk mengemukakan kepadanya, mana-mana orang di dalam penjara untuk sebarang maksud.

Salinan pejabat salinan.

5. Kuasa mengeluar dan menggunakan untuk sebarang maksud salinan pejabat atau salinan sah mana-mana tindakan di dalam Mahkamah itu dan menerima mana-mana salinan pejabat atau salinan sah yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang lain.

Kos.

6. Budibicara untuk memerintahkan kos pembicaraan yang termasuk pembicaraan yang telah digantungkan, tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang bertulis sebaliknya.

Perlaksanaan.

7. (1) Kuasa kepada pegawai Mahkamah untuk memasuki mana-mana rumah atau premis bagi maksud penyiasatan dan dalam melaksanakan mana-mana perintah perlaksanaan dan kuasa memecahkan mana-mana peti besi, almari atau kotak-kotak lain yang terdapat di dalam rumah atau premis tersebut.

(2) Kuasa untuk memeriksa mana-mana orang mengenai hartanya atau harta orang lain atau mengenai pelupusan mana-mana harta tersebut.

(3) Kuasa mengenai pelaksanaan sesuatu perintah tahan harta sebelum hukuman dan kuasa mengenakan had-had dan syarat-syarat mengenai pengurusan, ganti-rosak dan pampasannya.

Masa.

8. Kuasa melanjut atau memendekkan masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis berkenaan melakukan sesuatu perbuatan atau mengambil apa-apa tindakan, sungguhpun tiada permohonan untuk maksud demikian dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Fee.

9. Kuasa mengenakan apa-apa bayaran dan menentukan apa-apa fee mengenai apa-apa tindakan Mahkamah di bawah dan menurut Enakmen ini.

Penghinaan Mahkamah.

10. Kuasa untuk menghukum apa-apa tindakan, ketinggalan atau perbuatan yang disifatkan sebagai penghinaan Mahkamah.

Kuasa membuat kaedah dan peraturan.

11. Tertakluk kepada kuasa Mahkamah Rayuan, kuasa untuk membuat kaedah dan peraturan mengenai amalan dan aturcara berkaitan dengan perbicaraan di dalamnya.

Lain-lain kuasa.

12. Lain-lain kuasa seperti yang diperuntukkan sekarang dan selepas ini oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.