ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 8. Pertunangan.


Jika seseorang telah mengikat sesuatu perjanjian pertunangan mengikut Hukum Syarak sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seseorang perantaraan dan kemudiannya berlaku kemungkinan, maka kedua-dua pihak hendaklah memulangkan hadiah masing-masing jika ada atau sebanyak harga baginya sama ada kemungkiran itu dari pihak laki-laki atau perempuan dan pihak yang mungkir itu hendaklah dikenakan membayar mengikut perjanjian dan perkara ini boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.