ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 235. Borang.

Borang yang ditetapkan di dalam Kanun ini hendaklah dipakai di mana berkenaan dan dengan pengubahsuaian tertentu jika hal keadaan menghendaki, tetapi borang itu tidak boleh diubah sedemikian semata-mata untuk mengenakan ke atas seseorang itu apa-apa tanggungan atau melucutkan daripadanya apa-apa hak atau maklumat kecuali jikalau pengubahsuaian itu dibenarkan oleh undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.