ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 14. Kuasa untuk memerintah saksi-saksi hadir.

(1) Seorang pegawai bertauliah yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 13 boleh dengan perintah secara bertulis memerintah mana-mana orang yang pada pendapatnya tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu supaya hadir di hadapannya, orang itu hendaklah hadir sebagaimana dikehendaki itu.

(2) Jika mana-mana orang mungkir hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai tersebut boleh melaporkan kemungkiran itu kepada seorang Majistret yang di dalam budibicaranya boleh mengeluarkan sesuatu waran untuk mendapatkan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.