ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 213. Tidak mengemukakan, dsb. dokumen kepada pegawai awam oleh seseorang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan, dsb. dokumen itu.

Barang siapa, yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan atau menyerahkan apa-apa dokumen kepada mana-mana pegawai awam sebagai yang demikian, dengan sengaja tidak mengemukakan atau menyerahkan dokumen itu sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebihi enam bulan atau kedua-duanya; atau jika dokumen itu kehendaki dikemukakan atau diserahkan kepada suatu Mahkamah, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.