ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 24. Kesalahan yang dilakukan di hadapan Kadi.

Apabila satu-satu kesalahan dilakukan di hadapan seorang Kadi di dalam kawasan bidangkuasanya, maka bolehlah dia sendiri menangkap atau memberi kuasa kepada mana-mana orang supaya menangkap orang salah itu, dan bolehlah kemudiannya, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen ini mengenai jaminan, meletakkan orang salah itu di dalam tahanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.