ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Peruntukan Am



Seksyen 8. Motif persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian.

(1) Apa-apa fakta adalah qarinah jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi mana-mana fakta releven atau fakta persoalan.

(2) Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan sesuatu fakta persoalan dalamnya atau yang releven dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara sesuatu prosiding, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta releven, dan sam ada kelakuan itu berlaku dahulu atau berlaku kemudian daripadanya.

Huraian 1 - Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan selain daripada pernyataan; tetapi huraian ini tidak akan menyentuh kerelevenan pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2 - Apabila kelakuan mana-mana orang adalah qarinah, apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya adalah qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.