ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Rayuan
Seksyen 121. Rayuan.
Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan mana-mana Mahkamah, mana-mana Hakim Syar'iah, atau mana-mana Pendaftar di bawah Enakmen ini boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Undang-undang Pentadbiran atau dalam mana-mana undang-undang lain berkenaan dengan prosedur sivil dan jenayah di Mahkamah Syar'iah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.