ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXI - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 163. Hasil jualan dibahagi secara kadar di antara penghutang penghakiman.

(1) Apabila sesuatu aset dihasilkan melalui penjualan atau sebaliknya semasa melaksanakan sesuatu perintah atau penghakiman dan lebih dari seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang darinya aset itu telah dihasilkan dari pelaksanaan perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang kepada penghutang penghakiman yang sama tetapi belum mendapat penyelesaian darinya, aset itu, setelah dipotong kos penghasilannya hendaklah dibahagi atas kadar di antara orang-orang itu:

Dengan syarat-syarat berikut:

(2) Jika semua ataupun mana-mana aset yang telah dibahagikan secara kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seorang yang tidak berhak menerimanya, seseorang yang berhak boleh menuntut daripada orang itu supaya memaksanya mengembalikan aset itu.

(3) Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis keutamaan diberi kepada sesuatu tuntutan, peruntukan di bawah seksyen ini tidak boleh dikenakan untuk menggagalkan atau menangguhkan tuntutan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.