ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - Mempastikan Kebenaran Keterangan Saksi



Seksyen 125. Bila saksi tidak perlu diperiksa.

Mahkamah tidak lagi perlu menjalankan pemeriksaan ke atas saksi yang telah pun nyata keadilannya dalam sesuatu perbicaraan yang telah dijalankan apabila ia telah menjadi saksi dalam perbicaraan yang lain di hadapan mahkamah tersebut sekiranya jarak masa antara kedua-dua perbicaraan itu tidak melebihi enam bulan. Jika jarak masa antara kedua-dua perbicaraan itu melebihi enam bulan, mahkamah hendaklah membuat pemeriksaan semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.