ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN VI - MASJID
Seksyen 98. Jawatankuasa Kariah.
(1) Majlis boleh dengan kebenaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan membuat kaedah untuk -
(a)
membentuk Jawatankuasa Kariah;
(b)
memperuntukkan cara mana anggota-anggota Jawatankuasa Kariah itu dilantik; dan
(c)
memperuntukkan kewajipan-kewajipan Jawatankuasa Kariah.
(2)
Jawatankuasa Kariah, bersama-bersama dengan Pegawai Masjid hendaklah -
(a)
bertanggungjawab bagi pentadbiran yang betul dan sempurna ke atas masjid dan tanah perkuburan Islam dalam kariahnya;
(b)
bertanggungjawab agar ahli kariah berkelakuan baik dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam; dan
(c)
memberi laporan segera kepada Majlis mengenai semua perkara yang berlaku dalam kariah yang memerlukan perhatian Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.