ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 92. Bila kesalahan yang terbukti dimasukkan dalam kesalahan yang dipertuduhkan.

(1) Apabila seseorang dipertuduh melakukan sesuatu kesalahan yang mengandungi beberapa butiran, di mana suatu percampuran daripada beberapa butiran sahaja menjadikan suatu kesalahan kecil yang lengkap, dan percampuran itu dibuktikan tetapi butiran-butiran yang tertinggal itu tidak dibuktikan, dia bolehlah disabitkan atas kesalahan kecil itu walaupun dia tidak dipertuduh melakukan kesalahan itu.

(2) Apabila seseorang dipertuduh melakukan sesuatu kesalahan dan fakta-fakta adalah dibuktikan yang mengurangkannya kepada suatu kesalahan kecil, maka dia bolehlah disabitkan atas kesalahan kecil itu walaupun dia tidak dipertuduh melakukan kesalahan kecil itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.