ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 173. Pembayaran daripada Mahkamah.
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa jumlah wang yang dibayar ke dalam Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah, atas permohonannya, dibayar daripada Mahkamah kepadanya tanpa apa-apa perintah :
Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh mengikut budi bicaranya dalam apa-apa hal dan hendaklah, jika dia mempunyai notis bahawa mana-mana orang lain menuntut jumlah wang berkenaan atau mana-mana bahagiannya, menghendaki pemohon itu mendapatkan perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.