ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN
Seksyen 149. Penguatkuasaan penghakiman bagi pemilikan harta tak alih
(1) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara yang berikut, iaitu—
(a)
perintah pemilikan; atau
(b)
dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.
(2) Suatu perintah pemilikan tidak boleh diberikan melainkan jika telah ditunjukkan bahawa tiap-tiap orang yang mempunyai milikan sebenar keseluruhan atau mana-mana bahagian harta tak alih itu telah menerima notis prosiding itu sebagaimana yang didapati mencukupi oleh Mahkamah untuk membolehkannya memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relief yang dia mungkin berhak untuk mendapatkannya.
(3) Suatu perintah pemilikan boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar menurut penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.