ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 47. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya.

(2) (a) Bila suatu rayuan dari suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan dari mana-mana pihak, memberi kebenaran bagi memutuskan mana-mana soalan undang-undang yang menjadi kepentingan awam yang telah timbul dalam masa rayuan dan di mana keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.