ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV - HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 129A. Kuasa untuk menggantungkan hukuman.

(1) Apabila mana-mana orang telah dihukum dengan hukuman bagi satu kesalahan selain dari kesalahan hudud dan qisas iaitu kesalahan ta'zir, Yang di-Pertua Negeri selepas mendapat nasihat Mufti bolehlah pada bila-bila masa tanpa syarat atau dengan mana-mana jua syarat yang telah diterima oleh seseorang yang telah dihukum, menggantungkan pelaksanaan hukumannya atau mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian dari hukuman yang ia telah dihukum.

(2) Apabila satu permohonan dibuat kepada Yang di-Pertua Negeri bagi penggantungan dari satu hukuman Yang di-Pertua Negeri bolehlah meminta Hakim yang membuat sabitan supaya menyatakan pendapatnya sama ada permohonan itu boleh dibenarkan atau ditolak.

(3) Jika mana-mana syarat atas mana-mana hukuman telah digantung atau dikurangkan dan pada pendapat Yang di-Pertua Negeri tidak dipatuhi, Yang di-Pertua Negeri bolehlah membatalkan penggantungan atau pengurangan itu maka orang yang hukumannya telah digantung atau dikurangkan bolehlah jika ia telah digantung atau dikurangkan bolehlah jika ia telah digantung atau dikurangkan ditangkap oleh mana-mana Pegawai Polis atau Pengawai Penguatkuasa Agama tanpa waran dan ditahan di penjara mengikut arahan seorang Hakim untuk menjalani bahagian hukuman yang belum selesai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.