ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 240. Fee, deposit dan perbelanjaan.

Apabila fee atau deposit dikenakan mengenai apa-apa tindakan, atau apa-apa perbelanjaan perlu digunakan untuk melakukan sesuatu tindakan itu, pegawai yang bertugas untuk melakukan tindakan itu tidak boleh membuat sesuatu sehingga fee atau deposit atau jumlah perbelanjaan itu telah dibayar terlebih dahulu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.