ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VII - AM



Seksyen 201. Salinan rekod pembicaraan.


(1) Jika pengadu atau orang yang dituduh atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan hukuman atau perintah yan diluluskan atau di buat oleh Mahkamah ingin mendapat salinan hukuman, perintah atau mana-mana bahagian rekod pembicaraan, dia hendaklah apabila membuat permohonan untuk mendapat salinan itu, diberinya oleh Mahkamah:

Dengan syarat hendaklah dia membayar jumlah wang yang munasabah seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk salinan itu, melainkan jika Mahkamah atas sebab-sebab istimewa memutuskan pembayarnya dengan percuma.

(2) Permohonan mendapat salinan rekod pembicaraan boleh dibuat pada bila-bila masa oleh pendakwa dan tidak ada bayaran dikenakan kepadanya




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.