ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 136. Penghantaran rekod rayuan.

Apabila pihak merayu telah mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen 135, Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan kepada Ketua Pendakwa Syarie dan kepada pihak merayu atau peguam syarienya satu salinan bertandatangan rekod prosiding dan alasan keputusan itu bersama dengan satu salinan notis dan petisyen rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.