ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
BAITUL-MAL



Seksyen 26. Penubuhan Baitul-Mal.

(1) Satu Kumpulanwang yang akan dinamakan Baitul-Mal hendaklah ditubuhkan. Melainkan sebagaimana yang disyaratkan dengan jalan yang lain menurut syarat-syarat daripada Enakmen ini, kumpulanwang itu hendaklah mengandungi semua wang dan harta, samada alih atau takalih, yang mengikut Hukum Syarak atau menurut syarat-syarat daripada Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya ada terkumpul atau didermakan oleh seseorang atau boleh dibayar kepada Kumpulanwang itu.

(2) Semua wang dan harta di dalam Baitul-Mal hendaklah diserahkan kepada Majlis, dan Majlis hendaklah mentadbirkan semua wang dan harta itu mengikut peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini:

Dengan syarat bahawa sesuatu penanaman modal (investment) bagi harta benda dan kumpulan-kumpulanwang yang terserah kepada Majlis itu boleh dijual, dituntut dan dipisahkan, dan kesemua
nya dan pendapatan daripadanya boleh ditanam modal dari satu masa ke satu masa di dalam sesuatu penanaman modal yang diberi kuasa oleh sesuatu enakmen yang bertulis yang berjalan kuatkuasanya bagi sementara ini untuk penanaman modal kumpulan-kumpulan wang amanah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.