ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN XIII - PEMINDAHAN PROSIDING
Seksyen 83. Aturcara.
(1) Apabila sesuatu Mahkamah hendak memindah sesuatu kes itu kepada suatu Mahkamah yang lain, Mahkamah yang memindah itu hendaklah menghantar kepada Mahkamah satu lagi-
(a)
satu salinan sah perintah pemindahan itu;
(b)
salinan sah semua catatan dalam daftar Mahkamah megenai prosiding itu;
(c)
fail Mahkamah mengenai prosiding itu; dan
(d)
lain-lain dokumen berkaitan.
(2) Mahkamah yang memindah itu hendaklah menyimpan perintah asal pemindahan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.