ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 1 - AM



Seksyen 19. Menukar pihak-pihak.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak pada mana-mana peringkat prosiding, membatalkan, menggantikan atau menambahkan mana-mana pihak mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma yang adil dan patut.

(2) Tiada seorang pun boleh dijadikan plaintif tanpa persetujuannya atau, jika dia tak berkeupayaan, tanpa persetujuan wakilnya yang hendaklah ditandakan secara bertulis atau mengikut apa-apa cara lain yang dibenarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.