ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN VII - KECUALIAN AM



Seksyen 62. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang atau yang oleh sebab kesilapan fakta dan bukan kesilapan undang-undang dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai justifikasi di sisi undang-undang untuk melakukan yang demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.