ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 60. Pernyataan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama tidak boleh diterima masuk dalam keterangan.

(1) Pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Pegawai Penguatkuasa Agama semasa menjalankan penyiasatan di bawah bab ini tidak boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, digunakan sebagai keterangan.

(2) Apabila mana-mana saksi, selain daripada tertuduh, dipanggil untuk pihak pendakwa atau untuk pihak pembela, Mahkamah hendaklah atas permintaan tertuduh atau Pendakwa merujuk apa-apa pernyataan yang telah dibuat oleh saksi itu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama semasa penyiasatan dijalankan di bawah Bab ini, dan boleh kemudiannya, jika Mahkamah fikirkan suaimanfaat demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu, dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu.

(3) Apabila mana-mana orang dituduh dengan mana-mana kesalahan berhubung dengan pernyataan palsu yang dibuat olehnya kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa menjalankan penyiasatan di bawah Bab ini, pernyataan itu boleh diguna sebagai keterangan dalam pendakwaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.