ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN II-MAJLIS



Seksyen 22. Minit

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat MajIis, satu salinan drafminit itu hendaklah dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, dan jika semasa drafminit itu disahkan minit dipinda, Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah hendaklah dengan segera dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat.

(5) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau, jika tindakan perlu diambil sebelum minit itu disahkan, Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah telah menandakan perkenannya secara bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.