ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI MELAKA) 2005
BAHAGIAN III - KETIDAKSAHAN WASIAT
Seksyen 12. Wasiat tidak sah.
Sesuatu wasiat menjadi tidak sah jika—
(a)
pewasiat menjadi seorang yang tidak sempurna akal dan mati dalam keadaan itu;
(b)
benefisiari mati sebelum pewasiat;
(c)
hal perkara tertentu atau manfaat wasiat itu musnah sebelum kematian pewasiat; atau
(d)
pewasiat membatalkan wasiatnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.