ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK



Seksyen 24. Penurunan kepentingan.

Dalam hal mana-mana serah hak, pengwujudan, penukaran, perpindahan atau penurunan kepentingan, estate, hakmilik atau liabiliti mana-mana pihak, di antara permulaan mana-mana prosiding dan penghakiman, orang yang kepadanya kepentingan, estet, hakmilik atau liabiliti telah diberi atau diturun boleh memohon supaya ditambah atau diganti sebagai satu pihak, dan plaintif boleh dengan cara yang sama memohon untuk penambahan atau penggantian tersebut, jika pihak berkenaan adalah defendan. Notis mana-mana permohonan tersebut hendaklah disampaikan kepada semua pihak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.