ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 164. Keengganan memberi keterangan.


Jika mana-mana saksi di hadapan Mahkamah Qadhi enggan menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan menunjukkan mana-mana dokumen di dalam milek atau kuasanya yang dia telah diminta oleh Mahkamah menunjukkannya dan tidak memberi alasan yang munasabah bagi keengganannya, Mahkamah itu boleh, atas sebab-sebab yang dicatat dengan bertulis menghukumnya dengan hukuman penjara tidak lebih daripada tujuh hari, melainkan jika dalam masa itu dia bersetuju untuk disoal dan menjawab soalan itu atau menunjukkan dokumen itu. Jika dia enggan dia boleh diuruskan mengikut peruntukan seksyen 160 atau seksyen 162 dengan tidak menghiraukan apa-apa hukuman yang mungkin dikenakan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.