ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 106. Penyingkiran keterangan menyangkal jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang menguji kebenaran.

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab sesuatu soalan yang berkaitan dengan siasatan itu hanya setakat yang boleh melemahkan kebenarannya dengan membencanakan wataknya, maka tiadalah apa-apa keterangan boleh diberi bagi menyangkalnya; akan tetapi jika ia menjawab dengan palsunya maka ia bolehlah kemudiannya dipertuduhkan kerana memberi keterangan palsu.

Kecualian 1-Jika seseorang saksi ditanya sama ada ia dahulu telah disabitkan apa-apa kesalahan dan ia menafikannya, maka keterangan bolehlah diberi mengenai sabitan yang dahulu itu.

Kecualian 2-Jika seseorang saksi ditanya apa-apa soalan yang boleh mencabar kesaksamaannya dan ia menjawab dengan menafikan nyataan-nyataan yang dibayangkan itu, maka ia bolehlah disangkal.


MISALAN-MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.