ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Iqrar



Seksyen 17. Takrif Iqrar.

(1) Iqrar ialah kenyataan seseorang tentang sesuatu hak orang lain ke atasnya yang dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan di dalam mana-mana keadaan yang disebutkan selepas ini.

(2) Iqrar yang dibuat di luar mahkamah hanya boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi yang adil.

(3) Iqrar wakil dalam prosiding bagi pihak orang yang memberi wakil yang dibuat di hadapan Hakim adalah layak diterima.

(4) Iqrar mengenai zina hanya diterima jika ianya dibuat di hadapan mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.