ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 101. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukan yang berpatutan dari pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pembelajaran kanak-kanak itu memandang kepada taraf kehidupan kanak-kanak itu; tetapi tiada apa-apa jumlah wang melebihi tiga ratus ringgit sebulan boleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika pendapatan dari harta kanak-kanak itu yang ada dalam tangan penjaga itu tidak mencukupi bagi maksud itu, atau jika wang adalah dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan dari harta modal kanak-kanak itu dan, bagi maksud itu, Mahkamah boleh membenarkan mana-mana bahagian daripada harta kanak-kanak itu dijual, digadaikan, atau digadai janji dan boleh memberi apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan kanak-kanak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.