ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 73. Lamanya tempoh penjagaan.


(1) Hak hadhanah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, atas permohonan hadhanah membenarkan ia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan mencapai umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

(2) Penjagaan kemudian daripada itu berpindah kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya melainkan jika Mahkamah memutuskan selainnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.