ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999


JADUAL KETIGA - BORANG MS 36
(Subperenggan 160( a)(ii))

PERINTAH BAGI PELAKSANAAN MELALUI PENYITAAN DAN PENJUALAN (PENAHANAN SYER. DSB.)

(Tajuk Am)


Kepada..................................................................................................
(Penghutang Penghakiman) yang beralamat di......................................................................................
............................................................................................... ...................................................................................................

Menurut perintah pelaksanaan yang dibuat terhadap anda dalam prosiding ini pada.........................haribulan..................19................
berkenaan dengan jumlah wang sebanyak RM....................................yang kena dibayar pada masa itu, dengan ini diperintahkan
bahawa *syer/saham/debentur/bon yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perintah ini dan didaftarkan atas nama anda ditahan dan diambil bagi melaksanakan perintah tersebut.

Dan ambil perhatian bahawa pihak berkuasa, perbadanan, pegawai atau orang yang bertanggungan bagi daftarnya dengan ini dilarang daripada membenarkan apa-apa pemindahan *syer/saham/debentur/bon tersebut tanpa kebenaran Mahkamah dan dengan ini dikehendaki membayar semua faedah atau dividen yang kena dibayar baginya ke dalam Mahkamah untuk kredit prosiding ini sehingga perintah selanjutnya daripada Mahkamah.


JADUAL



..................................................................
Hakim/Pendaftar
*Potong jika tidak berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.