ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - Beban Bukti



Seksyen 73. Beban bukti.

(1) Sesiapa berkehendak mahkamah membuat hukuman tentang apa-apa jua hak atau tanggungan di sisi undang-undang dengan bergantung atas adanya fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu ada.

(2) Apabila seseorang terikat membuktikan ada sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan adalah terletak atas orang itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.