ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 182. Bila seseorang boleh dilepaskan atas jaminan.

Apabila mana-mana orang ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau hadir atau dibawa di hadapan Mahkamah dan dia bersedia pada bila-bila masa ketika berada dalam jagaan pegawai itu atau pada mana-mana peringkat prosiding itu untuk memberi jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang bertanggungjawab bagi stesen polis atau oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau oleh Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.