ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 155. Petisyen rayuan.

(1) Perayu hendaklah dalam tempoh sepuluh hari selepas penyampaian kepadanya rekod yang dirujukkan di bawah seksyen 154 (2), memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah suatu petisyen rayuan dan lima salinannya itu yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi butir-butir tentang perkara undang-undang atau fakta yang mengenainya Mahkamah yang membicarakan dikatakan telah tersilap,dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah, perayu tidak dibenarkan bergantung kepada apa-apa alasan rayuan lain melainkan yang dikemukakan dalam petisyen semasa pendengaran rayuan.

(3) Sekiranya petisyen tidak difailkan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan sebagai telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa dalam subseksyen ini boleh disifatkan sebagai rnenghad atau membataskan kuasa untuk rnelanjutkan rnasa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 158.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.