ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN II - KESAN DARIPADA KETAKPATUHAN



Seksyen 4. Ketakpatuhan dengan Enakmen ini.

(1) Di mana, pada permulaan atau bertujuan untuk memulakan apa-apa prosiding atau di mana-mana peringkat disebabkan oleh atau dalam hubungan dengan apa-apa prosiding, maka dengan alasan apa-apa yang telah dibuat atau tidak dibuat, kegagalan untuk mematuhi kehendak-kehendak Enakmen ini, sama ada berkenaan dengan masa, tempat, cara, bentuk atau kandungan atau berkenaan dengan mana-mana yang lain, kegagalan adalah dianggap sebagai luar aturan dan tidak akan membatalkan prosiding, apa-apa langkah yang telah diambil di dalam prosiding itu, atau apa-apa dokumen penghakiman atau perintah di dalamnya.

(2) Tertakluk kepada perenggan (3), Mahkamah bolehlah berdasarkan kepada suatu kegagalan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1), dan atas terma-terma sebagaimana kos atau sebaliknya, sebagaimana yang difikirkan patut, mengenepikan sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya prosiding dalam mana kegagalan itu berlaku, apa-apa langkah yang telah diambil dalam prosiding itu atau mana-mana dokumen, penghakiman atau perintah di dalamnya atau menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Enakmen ini untuk membenarkan apa-apa pindaan (jika ada) untuk dibuat dan apa-apa perintah (jika ada) berhubung dengan prosiding pada umumnya sebagaimana yang difikirkan perlu.

(3) Mahkamah tidak akan seluruhnya mengenepikan mana-mana prosiding atau saman atau proses permulaan lain di mana mereka memulakannya pada dasar bahawa prosiding telah dikehendaki oleh mana-mana seksyen ini untuk dimulakan oleh proses permulaan selain daripada yang telah dikerjakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.