ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 147. Ketidakhadiran pihak menentang.


(1) Jika pada masa pembicaraan mengenai rayuan, pihak menentang tidak hadir dan Mahkamah tidak berpuashati bahawa notis rayuan telah disampaikan dengan sepatutnya keatasnya, maka Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di dalam perkara rayuan yang bertentangan atau yang membuat mudarat terhadap pihak menentang, tidak hendaklah menangguhkan pembicaraan rayuan itu kesatu hari akan datang supaya dia hadir hendaklah mengeluarkan notis kepadanya untuk disampaikan melalui pendaftar.

(2) Jika pembicaraan notis yang tersebut terlebih dahulu tidak dapat disampaikan kepada pihak menentang maka Mahkamah hendaklah menjalankan pembicaraan untuk mendengar rayuan tanpa kehadirannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.