ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 149. Isteri tidak taat.

Isteri yang sengaja ingkar akan perintah suaminya mengikut Hukum Syarak setelah dinasihatkan oleh Kadi adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari, dengan syarat menjadi pembelaan yang cukup bahawa suaminya telah didapati mencerca atau menyiksa yang dituduh lebih daripada sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.