ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 178. Prosedur apabila orang yang boleh memberi keterangan mustahak sakit tenat.


(1) Apabila seorang Qadhi berpendapat bahawa seseorang yang boleh memberi keterangan yang mustahak sama ada bagi pendakwaan atau pembelaan berhubung dengan kesalahan yang boleh ditangkap adalah sakit tenat dan tidak praktik untuk mengambil keterangannya menurut perjalanan biasa undang-undang Qadhi itu boleh mengambil deposisi orang tersebut dengan syarat notis yang munasabah seberapa yang dibolehkan oleh keadaan kes itu telah diberi kepada Pendakwa dan orang yang dituduh tentang cadangan untuk mengambil deposisi itu dan masa dan tempat di mana dia bercadang untuk mengambilnya.

(2) Jika orang yang dituduh berada di dalam jagaan Qadhi boleh memerintahkan Penguasa penjara menghantar orang yang dituduh itu ke tempat itu, pada waktu yang telah diberitahu dan pegawai tersebut hendaklah menghantarkannya seperti yang diperintahkan.

(3) Bila telah dibuktikan di dalam pembicaraan orang yang dituduh atas mana-mana kesalahan di mana ada hubungannya dengan deposisi itu bahawa deponen itu telah mati atau kerana mana-mana sebab yang mencukupi kehadirannya tidak dapat diperolehi deposisi itu boleh dibaca sama ada bagi atau terhadap orang yang dituduh, tanpa mengambil kira ketidakhadirannya bila deposisi itu diambil, sekiranya diposisi itu diperakui di bawah tandatangan Qadhi yang mengambilnya dan tidak dibuktikan bertentangan atau sekiranya dapat ditunjukkan oleh keterangan lain bahawa deponen itu memang pada masa permeriksaan itu sakit tenat sebagaimana yang telah disebut dan bahawa deposisi itu telah diambil dengan sempurna di tempat dan masa yang telah diberitahu dan bahawa notis yang munasabah tentang cadangan untuk mengambilnya telah diberikan kepada orang terhadap siapa deposisi itu dikemukakan supaya dia atau peguamnya boleh hadir dan boleh mendapat, jika dia memilih untuk hadir, peluang penuh untuk pemeriksaan balas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.