ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 40. Permintaan untuk pendapat oleh mahkamah.

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syara' di dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah, tetapi jika di dalam mahkamah selain daripada Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syara' perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Mufti mengenai persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapatnya kepada mahkamah yang meminta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.